Teknik Belajar Secara Pembayangan
|
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri
melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan
saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna,
khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak
dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita
untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk
menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam,
hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan
pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk
mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan
dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan
digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu.
Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa
berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran,
semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah
gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula
bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari.
Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang
diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap
malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran
sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari
sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari
tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan
dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum
mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.