Selamat Datang ke blog Pembimbing Rakan Sebaya Smk Seremban Jaya.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERCUMA

Sila hantar sebarang pertanyaan dan permasaalah anda kepada email blogs ini untuk dijawab oleh kaunselor sekolah kami.Nama anda akan dirahsiakan .Permasaalah anda akan dijawab dan dipamerkan dalam blogs ini.Kami juga mengalu-alukan juga sumbangan artikel dan sebagainya untuk dimuatkan dalam blogs ini.terima kasih.

Thursday, September 6, 2012

5 September,2012- Kursus Asas Prs Fasa Akhir telah diadakan di Bilik Muzik SMKSJ dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.Slot Pertama telah dikendalikan oleh En.K.Raman manakala slot akhir dikendalikan oleh En.Mustafa Kamal.Seramai 21 calon PRS telah hadir.




BAHAN CERAMAH
-KOMUNIKASI
KOMUNIKASI

Wednesday, May 9, 2012

TEKNIK BELAJAR SECARA BAYANGAN


http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Thursday, April 26, 2012

Tips Cemerlang Dalam Peperiksaan.


peing? serabut? banyak sangat nak kena baca? otak jam? tak faham? Memandangkan  semua pelajar akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun/ Mid Year tidak lama lagi, mari kita sama-sama belajar bagaimana seseorang itu boleh cemerlang dalam peperiksaan. :)
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-
01.Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja.
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
02.Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.
Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
03.Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk.
SELAMAT MENCUBA !

terima kasih ummi !

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Baru-baru ini, Kadet Polis dan Kadet Remaja Sekolah smkseremban jaya telah mewakili daerah bagi pertandingan kawad kaki GO dan NGO. Setelah berminggu-minggu mereka berhumpas pulas berlatih untuk memenangi dalam pertandingan ini. cuaca juga tidak berapa baik akhir-akhir ini, namun usaha mereka tidak putus sehingga ke pertandingan.
Alhamdulillah, Kadet Polis Lelaki sekolah kami telah mendapat Naib Johan bagi kategori kawad kaki GO dan ketua platun terbaik. Alhamdulillah. Kadet Remaja Sekolah pula telah mendapat Naib Johan bagi kategori lelaki dan tempat ketiga bagi perempuan. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berusaha gigih demi mencapai kejayaan ini dan berusaha untuk menaikkan nama sekolah.
Ribuan terima kasih kepada guru-guru unit bruniform dan guru kaunseling kami iaitu Pn.Noor Indah Muhamad yang telah banyak berkorban masa bersama-sama dengan anak-anaknya setiap hari untuk menaikkan lagi semangat mereka berlatih. Beliau telah banyak membantu mereka, memberi semangat , meluangkan masa bersama mereka . Kemenangan sekolah kami adalah rezeki yang datangnya daripada Allah swt, dan semangat kental yang diberikan oleh guru-guru kami. Terima Kasih tidak terhingga. Tanpa mereka, mungkin kemenangan ini bukan milik kami.
Semoga pencapaian kokurikulum ini, semakin meningkat pada masa hadapan. Insyaallah.



    Terima Kasih Pn.Noor Indah Muhamad. We love U !







TAHNIAH ! 

Saturday, March 17, 2012

Objektif Pembimbing Rakan Sebaya .

Pendekatan PRS

1. Perkembangan kendiri dengan memahami kekuatan diri dan bagaimana
meningkatkan serta kurangkan kelemahan diri.

2. Mencegah iaitu lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Melihat
sesuatu dengan lebih rasional dan objektif.

3. Memulih atau melatih pelajar menjadi pelajar yang bertanggungjawab.

Matlamat dan Fungsi PRS

1. Mengurangkan masalah disiplin pelajar.
2. Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu 
di kalangan pelajar.
3. Memupuk pelajar menjadi orang dewasa yang peka.
4. Membina pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai murni.

Etika PRS

1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Memberi pertolongan dengan memahami batasan diri.
3. Menerima rakan tanpa pengukur. 

Sunday, February 26, 2012

Ahli Jawatankuasa PRS 2012

Senarai nama Ahli Jawatankuasa untuk tahun 2012.

Pengerusi :
-Mohammad Saifullah Adha

Naib Pengerusi :
-Nurul Inani

Setiausaha :
-Nur Farah Ain

Penolong Setiausaha :
 -Nur Atikah

Bendahari
-Eng Sin Yee

Penolong Bendahari :
-Nur Fathiah Husna

Ajk Tingkatan 3 :
-Iman Farhakim           
-Nur Izyan Izzatie

Ajk Tingkatan 4 :
Chen Pui San

Ajk Tingkatan 5 :
-Muhammad Hafiz          
-Tham Soon Min

Ajk Papan Kenyataan :
-Nursuziliana
-Hew Jia Hwa
-Tong Sau Man

Ajk Blog Prs :
-Nur Ainaa
- Mohammad Shafiq

Ajk Buletin :
-Muhammad Habieb Noh
-Muhammad Atiq Hafizudin
-Erny Nurallieya

Ajk PA sistem :
-Muhammad Azril
-Hafiz Asyraf



Wednesday, January 18, 2012

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1



MEMPERKENALKAN DIRI
PRS.SMKSJ MEMBANTU UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SEBAGAI FASILITATOR MINGGU ORIENTASI TINGKATAN SATU

Friday, January 13, 2012

TAHNIAH

TAHNIAH DIATAS PERLANTIKAN ANDA SEBAGAI J/KUASA PRS.JADIKAN TAHUN 2012 SEBAGAI TAHUN CEMERLANG BAGI PRS.BUATLAH TUGAS ANDA DENGAN JUJUR DAN BERTANGGUNGJAWAB SERTA TAK BERKIRA DALAM KERJA.RANCANGLAH PROGRAM DENGAN BAIK UNTUK FAEDAH SEMUA.FIKIRKAN BAGAIMANA HENDAK MENJADIKAN PRS DIKENALI DAN MANTAP DI SEKOLAH.SYABAS DAN TAHNIAH SEKALI LAGI

DARI ,
GURU-GURU B& KAUNSELING SMKSJ