Selamat Datang ke blog Pembimbing Rakan Sebaya Smk Seremban Jaya.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERCUMA

Sila hantar sebarang pertanyaan dan permasaalah anda kepada email blogs ini untuk dijawab oleh kaunselor sekolah kami.Nama anda akan dirahsiakan .Permasaalah anda akan dijawab dan dipamerkan dalam blogs ini.Kami juga mengalu-alukan juga sumbangan artikel dan sebagainya untuk dimuatkan dalam blogs ini.terima kasih.

Monday, April 6, 2009

CONTOHILAH MARDIAH

Kaedah belajar Madihah patut jadi teladan


SAMA ada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal atau Mohamad Aizuddin Mohd Yaakub, mahupun pasangan kembar Rohamina-Rohaisha Jamil, masing-masing nampaknya menggunakan resipi serupa dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebelum dan sesudah mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya muncul pelajar cemerlang terbilang.

Pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah muncul pelajar cemerlang peringkat nasional apabila memperoleh 20A termasuk 1A2, mengatasi rekod cemerlang Siti Fatimah Mokhtar yang mendapat 18A termasuk 1A2 pada 2006, dari sekolah yang sama, Maahad Muhamadi (Perempuan) di Kota Bharu, Kelantan.

Mohamad Aizuddin pula memperoleh A1 dalam semua 13 subjek yang diambilnya dan antara pelajar terbaik SPM 2008 Negeri Sembilan. Pasangan kembar Jamil yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban mendapat 11A1 merangkumi subjek sains dan matematik dan sains sosial.

Lain halnya dengan Zamri Amir yang juga mendapat 11A1 dan muncul antara pelajar terbaik Sekolah Alam Shah Putrajaya.

Walaupun berasal daripada keluarga susah seperti keluarga Nuk Nur Madihah, pengurusan masa yang cekap dan seimbang menjadi faktor penting di sebalik kecemerlangannya itu, lantaran dia juga aktif dalam Pasukan Orkestra SSAS.

Allah SWT berfirman dalam Surah Surah at-Tiin (Ayat 4-6): Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

"Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus".

Persis kata Nik Nur Madihah, anak jati kampung nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak itu: "Saya mengulang kaji awal pagi tiap-tiap hari selepas solat tahajud dan sesudah membaca al-Quran".

Kembar, Rohamina dan Rohaisha berkata: "Kami selalu membaca al-Quran, selain kerap melakukan solat hajat agar dipermudah kami mengikuti pelajaran dan mendapat kejacemerlang."

Bagi Mohammad Aizuddin, pendekatan diri kepada Allah SWT penting sebab mengingati-Nya dengan melakukan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya menjadikan jiwa sentiasa tenang dan mudah memahami pelajaran.

Pelajar cemerlang SPM 2008 itu adalah pilihan Allah SWT daripada 6,277 calon cemerlang lain, menepati maksud Surah ar-Ra'd (Ayat 26): "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia itu tidak lain daripada kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat."

Sebagai manusia pilihan dengan sebaik-baik kejadian bersama penganugerahan akal yang pintar, mereka tidak pernah melupai Allah SWT dengan melakukan suruhan ibadat-Nya demi tuntutan ukhrawi dan duniawi.

Otak mereka sama juga seperti binaan otak pelajar, malah manusia lain, seumpama dua hemisfera. Satu sebelah kanan sementara yang satu lagi kiri.

Kedua-duanya berkongsi pemikiran dan kawalan tubuh badan.

Bagi kebanyakan orang, hemisfera otak kanan lebih kreatif manakala sebelah kiri lebih kepada logik.

Yang lebih kreatif melahirkan insan berfikiran sains sosial sementara yang lebih logik berfikir secara saintifik dan matematik.

Otak pelajar cemerlang itu nampaknya seimbang hemisfera kanan dan kiri yang bergabung dan melahirkan kepintaran subjek sains sosial serta sains tulen.

Manusia dianugerahi akal untuk berusaha dan berfikir mengejar kejayaan duniawi dan ukhrawi seperti janji Ilahi asalkan kita sentiasa mengingati dan mendekati-Nya.

Resipi mereka sepatutnya jadi ikutan calon SPM tahun ini untuk meraih kecemerlangan lebih terbilang.

DR ILLIAS ZAIDI,
Akademi Buku Malaysia,
Kuala Lumpur.

Saturday, February 14, 2009

PROGRAM MOTIVASI PMR PPD SEREMBAN/UTUSAN



Bergambar bersama-sama Dr.Ismail Zain pakar motivasi yang mengendalikan program motivasi PMR . Program ini berlangsung pada 14 Februari,2009 bertempat di SMK.Seremban jaya.Pogram ini disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 3,sekolah-sekolah menumpang di daerah Seremban.Program berjalan dengan lancar hingga ke akhir dan diharapkan semua yang hadir mendapat manfaatnya.

Monday, February 9, 2009

MESTI BERUBAH UNTUK BERJAYA

Untuk berubah kita perlu buat sesuatu,kita perlu kerja keras dan yang lebih penting lagi ialah perubahan yang hendak dibuat mestilah tulus ikhlas.Kita berubah bukannya disebabkan oleh sesuatu,perlu ada jati diri kerana perubahan yang dibuat adalah untuk menambahkan pengalaman yang sedia ada.Perubahanpun ada dua jenis,yang positif akan mengguntungkan diri kita ,manakala yang negatif akan membawa kepada kerugian diri.Jadi buatlah pilihan yang tepat.Anda yang membuat pilihan bukannya orang lain.

Bagi sesuatu organisasi seperti PRS.perubahan dalam organisasi dipengaruhi oleh ahli dalam organisasi itu sendiri.Organisasi berjaya dan mampan memerlukan kerjasama yang erat untuk menaikan ataupun memperkasakannya di sekolah. Peranan ketua atau pengerusi amat penting untuk memandu ahlinya ke matlamat yang ingin dicapai bersama-sama.Oeh yang demikian ketua perlulah bijaksana mengendalikan organisasi dengan kerjasama ahli dan bimbingan guru penasihat.
semua ahli perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjulang prs di kacamata semua warga SMKSJ sesuai dengan motto PRS 'Bantu Diri,Bantu Orang Lain. Bantulah diri supaya diri kita dipandang hebat.Sekian untuk ingatan

Kaunselor
SMKSJ

Friday, February 6, 2009

PENGURUSAN TAK BETUL

AWAS BANTUAN PALSU

ARAHKAN MINDA SUPAYA JADI BERSEMANGAT

Arahkan Minda Supaya Jadi Bersemangat
May 29, 2008 | By Shukri Abdullah |

Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda respon pada setiap apa yang ada di fikiran.
Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “aku mahu..”
Misalnya,
“Aku mahu bersemangat hari ini”
“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”
“Aku mahu banyak idea bila mula menulis blog malam ini”
Selepas itu, bayangkan di fikiran yang Anda menjadi seperti apa yang anda mahu.
Bila Anda mahu jadi orang yang bersemangat, bayangkan di minda yang Anda menjadi bersemangat, Anda nampak diri Anda melangkah dengan penuh bersemangat!.
Teknik ini sangat ringkas tapi berkesan kerana Anda memberi arahan terus pada minda supaya menukarkan diri Anda menjadi bersemangat, emosi bertukar menjadi energetik, penuh dengan tenaga, sepenuh yang mungkin, setinggi yang mungkin.
Ingat, bayangan di minda mesti sama dengan apa yang ada fikiran, baru semangat itu tercetus secara automatik. Personally, saya mengamalkan teknik ini setiap hari, di setiap sesi latihan renang, tiap kali berbasikal dan setiap kali menulis blog motivasi.
Dah tahu teknik ni, mula berlatih sekarang juga!