Selamat Datang ke blog Pembimbing Rakan Sebaya Smk Seremban Jaya.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERCUMA

Sila hantar sebarang pertanyaan dan permasaalah anda kepada email blogs ini untuk dijawab oleh kaunselor sekolah kami.Nama anda akan dirahsiakan .Permasaalah anda akan dijawab dan dipamerkan dalam blogs ini.Kami juga mengalu-alukan juga sumbangan artikel dan sebagainya untuk dimuatkan dalam blogs ini.terima kasih.

Thursday, April 26, 2012

Tips Cemerlang Dalam Peperiksaan.


peing? serabut? banyak sangat nak kena baca? otak jam? tak faham? Memandangkan  semua pelajar akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun/ Mid Year tidak lama lagi, mari kita sama-sama belajar bagaimana seseorang itu boleh cemerlang dalam peperiksaan. :)
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-
01.Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja.
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
02.Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.
Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
03.Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk.
SELAMAT MENCUBA !

terima kasih ummi !

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Baru-baru ini, Kadet Polis dan Kadet Remaja Sekolah smkseremban jaya telah mewakili daerah bagi pertandingan kawad kaki GO dan NGO. Setelah berminggu-minggu mereka berhumpas pulas berlatih untuk memenangi dalam pertandingan ini. cuaca juga tidak berapa baik akhir-akhir ini, namun usaha mereka tidak putus sehingga ke pertandingan.
Alhamdulillah, Kadet Polis Lelaki sekolah kami telah mendapat Naib Johan bagi kategori kawad kaki GO dan ketua platun terbaik. Alhamdulillah. Kadet Remaja Sekolah pula telah mendapat Naib Johan bagi kategori lelaki dan tempat ketiga bagi perempuan. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berusaha gigih demi mencapai kejayaan ini dan berusaha untuk menaikkan nama sekolah.
Ribuan terima kasih kepada guru-guru unit bruniform dan guru kaunseling kami iaitu Pn.Noor Indah Muhamad yang telah banyak berkorban masa bersama-sama dengan anak-anaknya setiap hari untuk menaikkan lagi semangat mereka berlatih. Beliau telah banyak membantu mereka, memberi semangat , meluangkan masa bersama mereka . Kemenangan sekolah kami adalah rezeki yang datangnya daripada Allah swt, dan semangat kental yang diberikan oleh guru-guru kami. Terima Kasih tidak terhingga. Tanpa mereka, mungkin kemenangan ini bukan milik kami.
Semoga pencapaian kokurikulum ini, semakin meningkat pada masa hadapan. Insyaallah.



    Terima Kasih Pn.Noor Indah Muhamad. We love U !







TAHNIAH !