PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERCUMA
Sila hantar sebarang pertanyaan dan permasaalah anda kepada email blogs ini untuk dijawab oleh kaunselor sekolah kami.Nama anda akan dirahsiakan .Permasaalah anda akan dijawab dan dipamerkan dalam blogs ini.Kami juga mengalu-alukan juga sumbangan artikel dan sebagainya untuk dimuatkan dalam blogs ini.terima kasih.
Saturday, September 13, 2008
Tuesday, September 9, 2008
TATAPAN ILMU
NILAI SEORANG IBU
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Mengandungkanmu selama 9 bulan DAN melahirkanmu - PERCUMA
2) Berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
6) Membesarkanmu - PERCUMA
7) Menghantar mu ke klinik - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)